Berikutan tahap kesihatan Lady Gaga yang agak kurang memuaskan disebabkan penyakit yang dialaminya, teman baiknya, Beyonce mengirimkan baju panas dari jenama Ivy Park buatnya.
Beyonce menghadiahkan Lady Gaga sehelai baju panas berserta sejambak bunga sebagai tanda simpati dan sentiasa menyokongnya dari belakang lebih-lebih lagi ketika bintang pop itu sedang berjuang dengan rawatannya sekarang ini.
Lady Gaga membuka cerita tentang penyakit kronik yang dialaminya sejak bertahun lalu menerusi dokumentari terbaru dari Netflix yang berjudul Five Foot Two dan menjemput beberapa kamera untuk merakam setiap momen peribadinya ketika menjalani rawatan.
Kemudian, dia telah menulis Tweet menyatakan dirinya mempunyai penyakit yang dipanggil fibromyalgia dan berharap dapat meningkatkan kesedaran ramai akan kondisi penyakit itu.
In our documentary the #chronicillness #chronicpain I deal w/ is #Fibromyalgia I wish to help raise awareness & connect people who have it.
— Lady Gaga (@ladygaga) September 12, 2017
Fibromyalgia adalah kesakitan pada seluruh bahagian otot tubuh yang disertai dengan masalah keletihan, tidur, ingatan dan mood. Rasa sakit yang dialami pesakit akan berlaku di kedua-dua belah bahagian tubuh yang mana tertumpu pada bahagian atas pinggang. Majoriti yang menghidap penyakit ini adalah perempuan. Ramai individu yang didiagnosis dengan penyakit ini berhadapan dengan masalah sakit kepala, anxiety dan/atau tekanan.
Awal bulan ini, Gaga terpaksa menunda jelajahnya di Eropah iaitu Joanne World Tour. Sebaik sahaja jelajah itu habis pada tahun 2018, Gaga menyatakan yang dia mempunyai perancangan untuk berehat.
“Saya berasa sangat bertuah kerana menerima banyak sokongan,” tulis Gaga di Instagramnya.
“Jika saya tidak melihat video-video itu di TV ketika berada di rumah nenek saya selepas saya terjatuh ketika sesi rakaman sebelum ini, saya pastinya sudah berputus asa. Anda semua telah memberikan inspirasi kepada saya. Impian anda semua buat saya mahu terus berjuang,” tambahnya.
Dalam satu babak di dalam dokumentari Five Foot Two itu, Gaga menggambarkan hubungannya dengan Knowles agak tidak serasi kerana dia merasakan yang dirinya terlalu rendah dengan artis tersebut jika ingin dibandingkan.