Break My Soul (The Queens Remix) yang berdurasi hampir enam minit itu dimulakan dengan muzik tarian hit Vogue dan diikuti dengan bait perkataan yang ditutur oleh Beyonce.
Paling mencuri perhatian apabila penyanyi berusia 41 tahun itu mendedikasikan sebahagian lagu kepada artis dan pemuzik lain termasuk adiknya Solange Knowles, Kelly Rowland, Alicia Keys, Aaliyah, Janet Jackson, Toni Braxton, Nina Simone, Grace Jones, Aretha Franklin dan ramai lagi – sama seperti yang dilakukan Madonna dalam versi asal Vogue.
Dia turut memberi penghormatan kepada rumah tarian terkenal seperti House of Ninja, House of Xtravaganza, House of Revlon, House of LaBeija, House of Lanvin, House of Telfar, House of Ladosha, House of Mugler, House of Balenciaga dan House of Mizrahi.