Ibu bapa mana yang tidak mahu perkara terbaik untuk anaknya bukan? Beyonce dan Jay Z sehingga sanggup menyewa kediaman bernilai RM2juta sebulan demi anak kembarnya.
Pasangan popular di bumi Hollywood ini berhabisan sebanyak USD$400,000 setiap bulan semata-mata untuk menyewa sebuah rumah agam buat keselesaan anak-anaknya khusus buat bayi kembar mereka yang bernama Rumi dan Sir Carter.
Nama anak kembar Beyonce dan Jay Z itu dikatakan turut didaftarkan hak cipta kerana nama berkenaan bakal digunakan untuk pelbagai barangan termasuklah barangan bayi.
Kediaman itu terletak di Malibu, California, Amerika Syarikat, yang dinamakan La Villa Contenta membawa maksud The Happy House. Ia mempunyai 10 kamar tidur, 14 bilik mandi serta kolam infiniti.
Penyanyi ternama itu bakal menyewa kediaman itu hanya sehingga bulan Ogos nanti. EH! kongsikan gambar di sekitar kediaman yang disewa oleh Beyonce dan Jay Z di bawah.