Selepas lebih sedekad berpusat di Los Angeles dalam memperjuang karya muziknya, tahun ini Yunalis Zarai mahu meluang lebih banyak masanya di tanah air. To-do-list nya sudah panjang termasuklah melancar label fesyennya sendiri.
“It’s a wrap!”, jerit saya dan terlihat jam di skrin telefon dah menunjukkan hampir jam lapan malam. Tak sedar sudah sembilan jam kami di studio bersama Yuna. “Betul ke sembilan jam?” tanya Yuna. “Tak rasa,” tambahnya. Biasanya bila saya merakam gambar cover, empat lima jam sudah cukup, pakai empat baju pun dah dikira banyak. Tapi kali ini bersama Yuna, saya mahu buat lebih dari lazim.
“Bidin, I okey nak shoot, tapi I nak pakai local designers saja,” pesan Yuna. Itu bukanlah satu kekangan bagi saya, kita ada banyak pereka fesyen hebat, yang berbeza-beza estatikanya. Masyadi Mansoor misalnya, tak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana dia memang sudah lama memasang angan-angan Yuna menyarung karyanya, apatah lagi dipakai pula untuk cover majalah, lagi dia bertambah suka. Wishlist checked!
Di studio itu hari itu juga sempat saya bertanya, “apa dalam kepala you bila you menangis di hujung konsert last year?”. Ya, saya mahu tahu kerana saya dapat rasa keikhlasan Yuna dalam juraian air matanya malam itu. “I overwhelmed. Mestilah terharu. At first tiket tak sold out. Sampai I fikir macam orang dah tak nak support I ke? Tapi bila dah dekat tarikh konsert, baru kita berjaya jual semuanya. It’s my first concert in KL, of course ia satu momen penting bagi I.”
Dalam sambil wajah Yuna disolek Catyong, dan Yaya Ibrahem menyusun-nyusun material untuk hiasan kepala dan hijab Yuna, saya duduk jarak sedepa dari Yuna, bertanya itu ini, mendalami perasaannya yang dalam dua tahun lagi akan beranjak ke satu daerah usia baru.
Apakah hal terbesar yang Yuna belajar pada usia 30-an?
Biggest thing that I’ve learned in my 30’s is to learn to let go. Tiada yang sempurna dalam kehidupan kita di dunia ini. Kita boleh rancang, kita boleh cita-citakan yang terbaik untuk diri kita, tapi bila kita tak dapat seperti apa yang kita rancang atau mahu, tak mengapalah.
Saya belajar kita kena nikmati hidup ini sebaiknya, hargai apa yang kita ada. Bagi saya pada usia 30-an ini saya sedar yang duit bukanlah segalanya. Bila sudah berada di umur ini populariti tidak lagi penting, saya mula rasa fame itu adalah satu delusion.
Hal yang penting bagi saya sekarang adalah bagaimana saya nak move to the next chapter dalam kehidupan saya. Bagaimana dan apa yang saya mahu feel tentang diri saya pada usia 40 nanti. Pada umur 30-an kita melalui banyak benda, kita mula experience kehilangan orang-orang terdekat (meninggal dunia) dan kita mula sedar yang hidup ini amatlah singkat.
Bila usia meningkat secara fitrahnya fizikal kita juga melalui banyak perubahan. Tenaga juga tak serancak dulu. Yuna terima atau sedia menerima perubahan sebegini dalam masa akan datang?
Kita kena terima hakikat atau fitrah ini. Energy and body kita akan lalui perubahan, takkan sama macam kita muda. Tapi inilah masanya untuk kita beri perhatian yang lebih pada diri kita, kita exercise dan jangan take for granted. I still want to have a kid walaupun pada usia 40.
Saya tengok kawan-kawan saya memang ada yang experience first pregnancy pada usia 40 dan saya tengok dorang okey. And I realize mereka mostly young at heart. Saya dan Adam juga mahu begitu kerana kami masih mahu experience benda-benda baru. Perubahan-perubahan ini kita hanya perlu deal with it. Kita kena prepare, nak kena buat yoga ke, joging ke, kita kena fikir.
Apa nasihat Yuna untuk diri Yuna sendiri dalam masa dua tahun akan datang ini?
Susah juga soalan ni (ketawa). Enjoy it, take it easy, everything will be okay! Bersyukur dengan apa yang saya ada dan hargai orang-orang yang ada di sekeliling saya. Kadang-kadang kan bila berjumpa artis senior saya akan rasa dua benda. Satu, kita akan jumpa artis senior yang just enjoy dan mereka seronok dengan kehidupan mereka.
Dan ada satu jenis lagi yang kita boleh rasa mereka agak bitter, maybe because they didn’t take opportunity when they were younger. Atau mungkin juga mereka belum boleh let go populariti yang mereka pernah ada dulu. Tak perlu cakap artis yang dah 40-an ke, yang 30-an pun ada juga yang ada rasa negative towards me. Saya tak mahu jadi orang yang sebegitu.
Hari ini gen-Z adalah generasi yang diraikan biarpun ada persepsi negatif. Ini era mereka. Apa pendapat Yuna tentang gen-z?
Kita kena kena terima hari ini adalah era mereka. Kita mesti meraikan mereka dan push mereka untuk ke hadapan. Saya suka gen-z, saya suka cara mereka berfikir. Jika tiada gen-z orang takkan bercakap tentang p@13s7in3 seperti hari ini. Mereka adalah generasi yang tidak bergantung kepada mainstream media. Mereka cari dan gali bermacam-macam sumber untuk dapatkan informasi.
Gen-z adalah generasi yang istimewa dan banyak yang boleh kita belajar dari mereka. Kita seharusnya memberi mereka peluang sebagaimana kita dibentangkan peluang waktu kita muda dulu. Saya suka belajar dari pelbagai lapisan generasi, tak kiralah tua atau muda. Dan saya rasa itu yang buat saya berbeza dengan orang lain. Saya tak mengikut acuan yang ada, saya sentiasa mahu mencari ruang-ruang baru untuk saya belajar.
Even saya sukakan stail gen-z. Mereka tak terlalu taksub kepada jenama, mereka sukakan vintage stuffs, thrifting. Even my niece bila saya tanya hadiah birthday nak apa, dia nak pergi ‘Jalan Jalan Japan’. Mereka juga faham fast fashion tak bagus untuk alam sekitar. Mereka nak dunia ini masih boleh didiami untuk 50 tahun akan datang atau lebih.
Gen-z juga banyak bersuara tentang boikot. Kita kena dengar suara mereka. Movement ni pun sesuatu yang masih saya belajar. Saya secara peribadinya sangat terkesan dengan apa yang berlaku di 9@z@. Boikot ini sebenarnya mengajar kita untuk lebih bijak berbelanja. Usah gunakan duit untuk beli benda-benda yang tak perlu. Jika tak boleh untuk boikot sepenuhnya, mungkin kita belajar untuk kurangkan.
Saya tak mahu identiti saya digunakan untuk mana-mana jenama yang menyumbang kepada occupation. Kita lihat dengan mata kita sendiri, ia bukanlah sesuatu yang boleh disorok-sorok lagi. Saya secara peribadinya tak boleh associate diri saya dengan mana-mana jenama yang openly stand with g3noc1d3. Even in the future kalau you nampak I pakai jenama-jenama yang terlibat, you boleh tegur.
“Benda ni samalah macam bila saya pakai tudung, I commit. Dah 20 tahun pun. Baru je pakai tudung, nak jadi penyanyi orang suruh buka. Baru pakai, takkan nak tanggal? Saya teruskan.”
Tapi sebelum saya buat keputusan, saya tanya pada diri sendiri, am I okay kalau lepas ni saya dah tak ada pergi fashion week misalnya. Yes, I’m fine with it. My moral values not align with the brands that I work with anymore. It takes a lot of courage sebab kita dah bina hubungan baik tu dah lama. Dan saya personally suka dengan orang-orang yang bekerja dengan saya sebelum ini. It have to affect you differently baru kita boleh rasa.
Apa-apa pun bagi saya ia masih pilihan masing-masing. Mungkin saya berada di Amerika, dan di sana movement lebih besar dan proaktif. Di sana saya team up dengan orang industri yang mahukan perubahan, sebab itulah saya join perarakan. Di masa akan datang kalau ada talk saya mahu terlibat, saya mahu belajar dan faham lebih banyak lagi. Eh! macam deep sangat pula (ketawa).
Saya selalu bertanyakan pada orang, apa yang mereka dalam hidup? Dalam mana-mana temubual yang saya tonton atau baca, rata-ratanya memberikan jawapan yang sama, ‘happiness’. Bagi you, bagaimana Yuna mendefinisi ‘happiness’ itu?
Bagi saya happiness itu bila I can keep apa yang buat saya gembira. Begitu juga dengan dignity, bagi saya itu maksud happiness. Sama juga dengan kebebasan. Perasaan yang ada bila kita rasa kita bukan di bawah telunjuk sesiapa. Nobody owns you. Yuna dah lain dah. Yuna dah radikal. Radikal Yuna (ketawa lagi).
“Eh! ni dah boleh jadi tajuk terus,” saya membalas.
Kemudian, Catyong, jurusolek turut mencelah bertanyakan soalan. “Apa yang you rasa sekarang ni sebab faktor apa yang terjadi sekarang atau kerana umur?”
Saya rasa kedua-duanya. Kalau benda hari ini berlaku ketika umur saya 20-an mungkin cara saya berfikir dan melihat situasi ini berbeza. Bukanlah saya kata hari ni saya dah alim. Bila dah banyak usia, macam-macam yang kita lalui dan buat kita belajar dan sedar.
Dulu kita macam aim untuk tercalon atau menang Grammys, tapi lama-lama saya sedar mereka takkan bagi Grammy pada wanita muslim. Kalau mereka nak bagi pun mereka akan berikan pada muslim yang tak bawa identiti muslim kerana itulah yang mereka mahu.
Saya dah pergi jauh sepanjang karier saya, dan saya dah bina hubungan kerja dengan ramai orang dan dari situlah saya dapat banyak peluang. Saya bersyukur dengan benda-benda positif yang saya lalui. Saya bersyukur saya tak perlu sacrifice my identity. Bila perang ni berlaku saya rasa macam… hmm enough lah!
Sebab itu ke you merancang untuk lebih banyakkan masa di Malaysia selepas ini?
Ya! Sebab saya rasa banyak yang boleh saya buat di sini. Saya mahu belajar dan bekerja dengan gen-z di Malaysia. Apa salahnya kalau saya cipta LA Yuna di KL. Saya bawa pengalaman dan kongsi dengan orang yang serius nak belajar. Bukan saya nak tukar sistem, tapi jika ada orang tanya, saya akan kongsi. Takkan kita nak preach buta-buta kan.
Bagi saya LA ada culture yang bagus, yang mana orang takkan judge you. Mereka sediakan ruang yang selamat untuk anda berkarya. Kalau kerja you bagus, mereka akan support. Benda itu yang saya belajar, kalau saya suka sesuatu saya akan cakap.
“We have so much trolls here, kenapa kita tak puji kalau benda tu bagus. Jika ada yang positif kita kena bagitahu. If you serious about music, bila-bila je you boleh datang jumpa saya. I’ve never been competing kinda girl. Saya suka kongsi.”
Bidin nak tahu biasanya macam mana proses Yuna menulis lagu?
Biasanya saya akan mulakan dengan jamming bersama produser di studio. We jamming with some cords. Saya akan nyanyi melodi atau humming. Atau selalunya kita gibberish, kita hentam je lirik apa-apa. Bila dah dapat struktur kita akan susun balik. Mana melodi nak letak depan, korus atau bridge. Kemudian barulah saya mula tulis lirik. Biasanya kita bekerja go with the flow. Saya tak ada rancang hari ni nak buat lagu sedih ke, lagu rancak ke.
Bila saya dah balik ke sini mungkin saya boleh buat writing camp. Kita pergilah sewa Airbnb dan duduk seminggu. Di Amerika selalunya begitulah cara mereka bekerja sebab itulah lagu Kanye West boleh ada 20 writers untuk satu lagu. Mulanya lima orang masuk studio, next session datang lagi lima, lama-lama jadi ramai. Macam Beyonce dia akan panggil orang-orang dia untuk ‘berkampung’ kat satu tempat. Dulu I pun pernah berangan juga, bilalah Beyonce nak panggil I (ketawa).
Apa yang Yuna buat untuk terus berisnpirasi?
Saya seorang yang sangat emosional, saya serap apa yang saya lihat, apa yang saya dengar. Apa yang saya belajar dari dunia ini, dari berita-berita yang saya baca, saya gunakannya sebagai inspirasi cara saya melalui kehidupan dan juga seni saya. Saya gunakan inspirasi-inspirasi ini dalam menetukan keputusan dan pilihan yang saya buat. Senang cakap, apa-apa saja yang berlaku dikeliling saya adalah sumber inspirasi.
Bagi saya amat penting untuk ada clear mind supaya kita boleh proses dan serap apa saja di sekeliling kita. You know… some sort of critical thinking!
Apa yang Yuna belajar dari ibu dan ibu mentua tentang menjadi seorang wanita, isteri dan ibu?
Menjadi seorang wanita bagi saya kita ada tugas yang bukan mudah, kita matang lebih cepat dari semua segi. Kita lebih ke depan dalam segalanya, cara kita berfikir mahupun cara kita menyelesaikan masalah.
Saya melihat my mom sebagai seorang yang bijak mengurus masalah. Dia seorang yang ambil berat tentang keluarga dan orang lain. Saya cuba menjadi sepertinya berpandukan apa yang dia ajar dan cara dia membesarkan saya, tetapi dalam cara saya sendiri.
Dan tentang hal menjadi isteri, my mom selalu ingatkan saya untuk bersabar dalam hal-hal berkaitan dengan other people aka suami. Saya belajar dengan melihat bagaimana dia menguruskan diri dia, dan kita as human memanglah tak sempurna. Ada yang kita tengok tak boleh diikut bulat-bulat kerana kita ada our own setting, preference, jadi kita ikut mana yang bersesuaian dengan diri kita.
Apakah benda yang Yuna belajar through the hard way?
Trusting someone that very close to you. Kadang-kadang ada orang yang rapat dengan you akan ambil kesempatan, menipu dan buat sesuatu yang you tak suka, yang menyakitkan di belakang you. I’m very trusting person, yang ambil berat tentang persahabatan. Tapi dalam hidup ada masanya kita kena hadap, akan ada masanya orang yang kita anggap kawan akan berpaling dan jadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Saya dah laluinya beberapa kali.
Dan kerana itu jugalah saya lebih berhati-hati, am very picky dengan siapa saya mahu rapat. I don’t just make friends with anyone. I really need to get to know them. Saya ada naluri yang bagus tentang orang lain tapi ada kalanya I still learn the hard way.
Kadang-kadang saya percaya orang terlalu cepat hanya kerana I really like the person. Tapi kadang-kadang orang itu curi idea saya, contohnya. Ia sesuatu yang kita sendiri susah nak elak, it still happening walaupun umur saya dah 38 tahun.
Apakah satu benda yang Yuna nak lakukan tahun depan?
Fokus saya tahun hadapan lebih kepada keluarga. Saya dah kerja keras dan beri tumpuan pada kerjaya lebih dari 12 tahun. Jadi tiba masa untuk saya buat benda lain juga. I really want to start my own brand. Dan saya sangat-sangat excited about it. Fokus kepada my YZ brand.
Keutamaan kehidupan saya sudah berubah. Saya sudah sedia untuk starting a family, insya-Allah. Saya juga mahu berikan sesuatu atau menyumbang kepada komuniti, mungkin buka kelas, kursus dan mengajar muzik atau apa saja yang berkaitan dengan muzik dan artis di Malaysia. I am very excited with my next chapter in my life.
Okey, last one, apa yang you akan lakukan jika tidak diletakkan apa-apa batas atau kekangan?
No limit? Financially? (ketawa). Jika kewangan bukan isunya ada banyak benda nak saya buat untuk generasi muda. Saya lihat banyak bantuan yang mereka perlukan lagi-lagi mereka yang hidup di kawasan miskin. Saya mungkin dedikasikan hidup saya sebagai aktivis jika kewangan bukan penghalangnya, lebih-lebih lagi sejak perspektif saya tentang kehidupan dah banyak berubah. Saya hanya mahu dunia ini menjadi sebuah tempat yang lebih baik.
Pengarah Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Fotografi: Aaron Lee, Lensworks Production, Penyelaras Kandungan Digital: Erdina & Eqa Zulkifli, Solekan: Catyong, Penata Gaya Hijab: yaya Ibrahem.
BACA: “Keluarga Adam, The Most Beautiful Family I Ever Met,”- Yuna