Selepas empat tahun, kumpulan K-Pop kegilaan ramai, BigBang akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran muzik baharu mereka.
Agensi pengurusan YG Entertainment turut mendedahkan poster teaser di media sosial yang memaparkan gambar polaroid berlatar belakang rona hitam yang tertulis ‘BIGBANG’, ‘0AM’ dan ‘APR 05 2022’ di bahagian bawah.
Minggu lalu YG Entertainment mengesahkan kumpulan itu telah pun tamat menjalani penggambaran video muzik untuk lagu terbaharu mereka yang judulnya masih belum didedahkan.
Kali terakhir BigBang melancarkan lagu adalah pada Mac 2018 berjudul Flower Road yang mana liriknya memberi petunjuk bahawa mereka akan kembali menghiburkan peminat.
“This isn’t the last time for us / Please, let’s meet again when the flowers bloom.”