BIGBANG sedang bersiap sedia untuk ‘comeback’ yang sangat dinanti-nantikan!
BIGBANG artis bawah naungan YG Entertainment mengesahkan, G-Dragon, Taeyang, T.O.P, dan Daesung baru-baru ini telah menyelesaikan penggambaran video muzik untuk lagu baharu mereka.
Sumber itu menyatakan, persediaan kemunculan semula BIGBANG berjalan lancar. “Kami akan memaklumkan kepada anda tarikh keluaran serta butiran lanjut mengenai lagu baharu itu tidak lama lagi.” Walaupun butiran kemunculan semula masih belum didedahkan, peminat sudah menantikan comeback mereka!