Empat tahun menyepi, BigBang dijadualkan membuat kemunculan semula pada musim bunga tahun ini.
Khabar gembira itu diumumkan agensi pengurusan BigBang, YG Entertainment semalam menerusi satu siaran media, namun tarikh sebenar tidak didedahkan.
“BigBang akan melancarkan lagu baharu musim panas ini. Mereka telah selesai merakam lagu dan kini sedang sibuk membuat persediaan untuk menjalani penggambaran video muzik.”
