Berita kemunculan semula BigBang turut diselit dengan khabar duka apabila penyanyi rap utama, T.O.P disahkan meninggalkan agensi selepas 16 tahun.
Kontrak eksklusifnya bersama YG Entertainment telah tamat namun dia akan terus aktif dalam industri dan mencuba cabaran baharu sebagai artis juga usahawan, selain menyertai aktiviti promosi BigBang jika berkelapangan.
T.O.P juga pernah terlibat dengan kontroversi beberapa tahun lalu apabila dicekup mengambil ganja dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan yang sehingga kini masih tertangguh.
Sementara itu seorang lagi ahli, Taeyang baru sahaja menimang cahaya mata pertama Disember lalu hasil perkongsian hidupnya dengan aktres Min Hyo Rin. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 2018.

Foto: Channel-korea