BIGBANG sah akan kembali meraikan ulang tahun ke-20 mereka dengan persembahan istimewa di Coachella 2026, menandakan kemunculan rasmi sebagai satu kumpulan.
Kepada yang belum familiar, Coachella merupakan festival muzik dan seni tahunan yang besar, diadakan di Empire Polo Club, Indio, California biasanya setiap dua hujung minggu pada bulan April. Festival ini menampilkan pelbagai genre termasuklah rock, pop, indie, hip hop dan EDM bersama dengan instalasi seni berskala besar dan trend fesyen yang menonjol, menjadikannya sebuah acara budaya yang amat signifikan.
Dengan reputasi sebagai salah satu festival paling berpengaruh di dunia, pentas Coachella sememangnya sesuai untuk penampilan BIGBANG, terutama sebagai simbol reunion global mereka.

BIGBANG is officially back dan kali ini, mereka melakukannya dengan cara ikonik maksimum yang mungkin. Berdasarkan pengumuman pada September 2025, kumpulan legenda K-pop ini disahkan bakal membuat persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival 2026, menandakan kemunculan mereka di pentas festival global sebagai satu kumpulan selepas hampir enam tahun.
Lebih menarik, momen ini datang tepat pada waktunya. Tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-20 BIGBANG dalam industri, dan Coachella menjadi pilihan lokasi paling sesuai untuk meraikan dua dekad karier mereka. Kali ini, mereka akan tampil sebagai trio, G-Dragon, Taeyang dan Daesung untuk membawa kembali aura BIGBANG yang sudah lama dirindui peminat.
Dua dekad dalam industri, masih relevan, masih berpengaruh dan masih mempunyai peminat yang tidak pernah berhenti mengikuti setiap langkah mereka. Coachella 2026 bukan sekadar pentas namun simbol perjalanan mereka, sebuah celebration untuk semua pencapaian, perjuangan, dan memori yang telah mereka cipta bersama peminat di seluruh dunia.
Kalau kita berpatah balik dan imbas kembali, BIGBANG pernah dijadualkan untuk Coachella 2020. Namun, festival terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Sejak itu, peluang untuk melihat mereka kembali ke pentas global sebagai satu kumpulan terus menjadi tanda tanya kepada semua peminat.

“Finally, it’s happening”.
Muncul dengan single “Still Life” pada 2022, datang dengan memberi impak besar. Tetapi, hanya lebih kepada momen reflektif, bukannya comeback penuh dengan persembahan live. Itu yang membuatkan Coachella 2026 terasa lebih besar kerana ini bukan sekadar release lagu dan album tetapi reunion sebenar di depan peminat dari seluruh dunia.
Secara jujurnya, BIGBANG di pentas festival global? Itu memang sesuatu yang lain. Mereka bukan sekadar kumpulan K-pop biasa tetapi merupakan trendsetter, rule-breaker dan juga antara nama yang membuka jalan untuk K-pop ke pentas antarabangsa. Jadi tak hairanlah kalau announcement ini terus buat internet “meletup”.

Peminat menjangkakan persembahan yang penuh tenaga, karisma dan tidak lupa juga momen-momen emosional. Selepas enam tahun, ada banyak cerita yang akan diungkai di atas pentas nanti.
Yang pastinya, Coachella akan menjadi satu pentas yang luar biasa dan emosional bagi peminat yang sudah lama menantikan, yang sudah bertahun-tahun menunggu momen ini untuk kembali. Tambah lagi dengan niat untuk menyambut Tahun Ke-20 mereka.
Baca: Barisan Lollapalooza Didedahkan Menggunakan Lollipop Khas



