Gambar: TPGimages
Atas dasar zalim dan tidak berkeperimanusiaan yang dikeluarkan oleh kumpulan militan ISIS, Angelina Jolie menyuarakan pendapat dan menegaskan atas dasar hukuman rogol oleh ISIS adalah sama sekali salah dan kejam. Aktres Hollywood yang juga merupakan pengasas Maddox Jolie-Pitt Foundation serta duta khas Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNCHR) itu mengujarkan rasa tidak puas hati dan memberi amaran kepada kumpulan militan itu akan tindakan mereka yang sama sekali tidak wajar.
Gambar: TPGimages
Bahkan Angelina menegas agar pihak berwajib seperti United Nation bersama untuk mengambil tindakan yang sepatutnya demi mengelakkan lebih ramai tahanan wanita ISIS menjadi mangsa rogol. Beribu-ribu wanita dan kanak-kanak perempuan telah diculik, dirogol dan dijual sebagai hamba seks oleh kumpulan militan tersebut menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi manusia.
Gambar: TPGimages
Jolie Pitt turut bercerita mengenai seorang perempuan yang dia temui ketika menziarahi zon perang yang telah menjadi mangsa rogol. Ini juga termasuklah seorang kanak-kanak yang berusia 13 tahun yang telah dirogol berulang kali bersama-sama dengan rakan-rakannya serta dijual pada harga 40 US dolar. Jolie bersama-sama Setiausaha Luar Britain, William Hague pernah melancarkan satu inisiatif untuk mencegah keganasan seksual dalam konflik negara pada tahun 2012. Dengan peningkatan kes rogol kanak-kanak dan wanita di negara yang masih lagi dalam pergolakan seperti Iraq dan Syria, Jolie dan Hague berikrar untuk meneruskan misi dan tanggungjawab dalam memberi keadilan dan keselamatan untuk mangsa-mangsa rogol ini.
EH! kongsikan video penghujahan Angelina Jolie kepada Dewan Pertuanan ad hoc Jawatankuasa, Parlimen yang terletak di Westminster, London.
https://www.youtube.com/watch?v=KBmHnzjgwSk