Namun Billie mengakui dia amat mencintai Q, menjadikan situasi ini lebih sukar. Dia tidak pernah melupakan penyanyi itu dan tidak mencari pengganti sehingga ke hari ini.
“Saya tidak pernah berhenti mencintainya. Saya jauhkan diri daripada Q namun tidak menyangka saya akan benar-benar merindui dan bimbangkan dirinya. Saya tidak mahu mengubah dirinya. Saya pernah cuba namun gagal.”
Billie pernah memberitahu rakannya bahawa Q mempunyai kecenderungan mencederakan diri dan pernah menumbuk tangan ke dinding sehingga cedera. Malah dia juga pernah memandu dalam keadaan mabuk.
Menerusi dokumentari tersebut, terdapat babak yang menunjukkan Billie kecewa dengan sikap bekas teman lelakinya. Salah satunya ketika Q tidak memberinya apa-apa hadiah sempena Hari Kekasih.
Apabila ditanya bagaimana dia meraikan hari istimewa itu, dia hanya menjawab, “Saya tidak menerima apa pun. Malah malam sebelumnya dia bersikap pelik dan menjauhkan diri.”
Selain percintaan peribadi, Billie turut berkongsi rasa cintanya terhadap bidang muzik dalam dokumentari ini.
Foto: Richard Shotwell/Invision/AP/Shutterstock/USmagazine
Baca: Billie Eilish: Imej Tubuh, Pakaian Longgar & Kesihatan Mental