Pasangan ini dilihat cukup mesra dan paparazi sempat merakam aksi romantis mereka di mana Vorce memeluk Billie sambil penyanyi itu melentokkan kepala di bahu teman lelakinya.

Walaupun bukti sudah jelas, jurucakap Billie enggan mengesahkan sama ada pasangan itu sedang bercinta. Jurucakap Vorce pula tidak memberikan sebarang respon apabila disoal pihak media.
Ini bukanlah kali pertama Billie menjalin hubungan asmara. Dia mengejutkan peminat bulan lalu apabila membuat pendedahan pernah bercinta dengan rapper, Brandon Quention Adams atau lebih dikenali dengan nama ‘Q’.