Menerusi dokumentari berjudul Billie Eilish: The World’s A Little Blurry, dia berkongsi serba sedikit tentang perhubungan dan punca perpisahannya dengan penyanyi itu pada 2019.
“Saya tidak gembira. Saya tidak mahu apa yang dimahukannya dan saya rasa ini tidak adil buatnya.
“Anda tidak seharusnya berada dalam perhubungan di mana anda berasa sangat teruja mengenai sesuatu namun pasangan anda pula sebaliknya,” katanya.