Billie Eilish telah bercerita tentang dirinya menghidap sindrom Tourette berserta simptom yang dialaminya. Penyanyi itu mengesahkan bahawa dia didiagnosis Sindrom Tourette sejak kecil.
Billie, penyanyi berusia 20 tahun itu bercakap tentang Tourettenya pada episod terbaharu siri Netflix: My Next Guest Needs No Introduction dengan David Letterman. Semasa temu bual, bintang itu kelihatan memalingkan kepalanya dan membuka mulutnya. Letterman bertanya, “What’s going on? The fly?” Eilish menjawab: “No, I’m ticcing.”