Keputusan Billie untuk mendedahkan tatu di tubuh adalah sebahagian daripada era stail terkininya di mana dia turut mewarnakan rambutnya kepada perang baru-baru ini.
Jelasnya kepada British Vogue, dia sudah bersedia untuk menerima kecaman apabila menukar warna rambut namun sebaliknya entah mengapa dia merasakan dirinya lebih feminin.
Billie turut berkongsi mengenai mantranya dalam melangkah ke dekad baharu hidupnya yang bakal menjelang tidak lama lagi.