Selepas setahun disahkan menghidap barah darah tahap tiga, Sam Neill berkongsi pandangan tentang jangka hayat hidupnya.
Dalam satu temu bual bersama The Guardian untuk mempromosikan memoir terbarunya, Did I Ever Tell You This?, Sam bercakap mengenai prospek kematian selepas menerima rawatan untuk sejenis kanser limfoma Non-Hodgkin yang jarang ditemui, angioimmunoblastic T-cell lymphoma.
Aktor berusia 76 tahun itu mendedahkan dalam memoirnya bahawa dia didiagnos menghidap kanser darah buat kali pertama pada Mac 2022. Dia menyedari nodus limfanya membengkak – salah satu daripada gejala penyakit itu – ketika sedang mempromosikan filem Jurrasic World Dominion di Los Angeles.
