Sam berkata dia kemudiannya diberitahu bahawa ia adalah sejenis kanser agresif yang memerlukan rawatan kemoterapi. Disebabkan tidak mampu bekerja sepanjang rawatan, dia beralih kepada penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah memoir.
“Saya tidak takut mati, tetapi ia menjengkelkan saya kerana saya benar-benar inginkan satu atau dua dekad lagi untuk hidup,” katanya kepada The Guardian.
Pelakon yang kini menetap di sebuah rumah ladang di negara asalnya, New Zealand berkata, dia mahu berpeluang melihat pokok-pokok yang ditanamnya di sekeliling kediaman menjadi besar.
“Dan saya mempunyai cucu-cucu comel yang masil kecil. Saya mahu melihat mereka membesar di depan mata. Tentang kematian itu sendiri? Saya tidak peduli.”