Selepas diagnosis, Sam menjalani dua jenis kemoterapi yang berjaya menyingkirkan sel kanser dari tubuhnya dan masih mendapatkan rawatan bulanan sehingga kini.
Namun begitu dia tidak bercadang untuk memperlahankan langkah. Seiring pelancaran memoirnya, dia kini sedang sibuk bekerja untuk projek filem terbaru.
Katanya kepada BBC Radio 4, “Kanser adalah satu pengembaraan buat saya walaupun pada satu saatnya ia menjadi gelap. Apa yang saya enggan lakukan adalah berhenti menikmati hidup. Pengalaman itu sesuatu yang menyeronokkan.”
Baca: Disahkan Menghidap Kanser, Park So Dam Selamat Jalani Pembedahan