Aktres tersohor kelahiran Amerika, Hayden Panettiere, yang masyhur menerusi siri televisyen ‘Heroes’ dan ‘Nashville’ diberitakan meninggal dunia pada usia 36 tahun.
Dalam satu kenyataan, wakil Panettiere menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya di seluruh dunia.
“Dengan penuh dukacita kami ingin menyampaikan berita pemergian tragis Hayden yang amat kami kasihi. Dia adalah seorang yang membawa kegembiraan dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada semua yang mengenalinya serta jutaan penonton yang menyaksikannya di layar,” menurut kenyataan itu.
Namun sehingga kini belum ada sebarang berita tentang kematiannya didedahkan. Ayah kepada Hayden Panettiere juga meminta agar mereka sekeluarga diberi ruang dan menghormati privasi mereka dalam situasi yang cukup mendukakan ini.
Mei lalu, Panettiere melancarkan memoir berjudul This Is Me: A Reckoning yang menceritakan pengalaman hidupnya, termasuk perjuangan menghadapi ketagihan, kemurungan selepas bersalin dan beberapa cabaran peribadi lain.

Hayden Panettiere memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum meraih populariti menerusi watak Claire Bennet dalam siri fiksyen sains ‘Heroes ‘dan Juliette Barnes menerusi siri muzikal Nashville yang bersiaran dari tahun 2012 hingga 2018.
Dia turut membintangi beberapa filem terkenal termasuk ‘Remember the Titans’, ‘Raising Helen’ serta film seram ‘Scream 4’ dan ‘Scream VI’.
