Wakil akaun Twitter rasmi The Walking Dead turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga pelakon itu menerusi satu ciapan, “Kami hulurkan doa buat ahli keluarga TWD, Moses J Moseley.”
Dalam siri popular tersebut, Moses melakonkan watak sebagai ‘zombie peliharaan’ milik Michonne lakonan Danai Gurira dari tahun 2012 hingga 2015.
Jeremy Palko yang turut muncul bersamanya dalam siri itu sebagai Andy mengakui patah hati dengan berita pemergian Moses.
“Seorang manusia yang sangat baik dan luar biasa. Anda pasti akan dirindui, sahabat,” tulisnya.