Pelancaran album ini akan diikuti dengan konsert jejalah dunia pertama Blackpink dalam masa tiga tahun bermula Oktober ini.
Jadual persembahan mereka telah pun dikongsi bersama peminat di media sosial yang menyaksikan Kuala Lumpur sebagai lokasi kedua di Asia Tenggara.
“Pengumuman jadual konsert Blackpink World Tour [Born Pink],” tulis pengendali akaun Instagram Blackpink secara ringkas di ruangan kapsyen.
Ia akan bermula pada 15 dan 16 Oktober ini di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke lokasi-lokasi lain di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.