Konsert Born Pink di Asia Tenggara akan diadakan pada tahun hadapan bermula di Bangkok, Thailand pada 7 dan 8 Januari, Kuala Lumpur pada 4 Mac, diikuti dengan Jakarta, Indonesia (11 Mac), Manila, Filipina (25 Mac) dan berakhir di Singapura (25 Mac).
Walau tidak banyak maklumat didedahkan mengenai konsert itu, ia dilaporkan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia bakal menjadi persembahan kedua Blackpink selepas konsert pertama yang diadakan di Stadium Shah Alam pada Februari 2019.
Usai konsert di Singapura pada bulan Mei, Blackpink akan berehat selama lebih tiga minggu sebelum meneruskan persembahan di Australia dan New Zealand pada bulan Jun 2023. Lebih banyak tarikh dan lokasi konsert akan diumumkan dalam masa terdekat.