Rabu lalu agensi pengurusan YG Entertainment mendedahkan, bahagian pertama projek ulang tahun kelima kumpulan ini akan dilancarkan pada bulan Ogos, bermula dengan Blackpink The Movie. Bukan hanya di Korea, ia juga bakal ditayangkan oleh CGV di 100 negara seluruh dunia.
Menurut laporan, filem tersebut akan merangkumi pelbagai segmen seperti ‘kenangan’ di mana mereka akan berkongsi memori sepanjang lima tahun lalu, juga ‘kecantikan’ yang akan memberi fokus kepada personaliti setiap ahli yang berbeza-beza.
Bukan itu sahaja, peminat juga akan disajikan dengan sedutan wawancara istimewa yang merakamkan momen kandid ahli Blackpink yang belum pernah dilancarkan sebelum ini.