Memandangkan mereka merupakan salah satu ikon K-Pop terbesar dunia, filem ini juga akan memuatkan lima lagu daripada konsert jelajah The Show dan In Your Area.
CGV dilaporkan akan menggunakan teknologi canggih untuk menyediakan pelbagai format tontonan demi menawarkan pengalaman yang tidak boleh dilupakan buat peminat.
Mereka juga merancang untuk menggabungkan teknologi 4DX agar penonton boleh menikmati gema suara dan katarsis unik daripada lokasi konsert, menurut laporan Soompi.