Ada yang mempunyai resolusi untuk dapatkan tubuh langsing menawan bak Ain Edruce? Ini dia rahsia di sebalik badan kurus cantik sihat aktres popular ini.
Tidak dinafikan yang ramai sebenarnya idamkan bentuk tubuh tinggi lampai serta langsing sihat seperti Ain Edruce. Bahkan, rata-rata wanita jadikan Ain sebagai inspirasi untuk kecapi #bodygoals mereka. Ain sememangnya seorang selebriti yang dilihat rajin bersenam, melihat pada perkongsian rutin hariannya di Instagram.
Pabila ditanya tubuh selebriti manakah yang memberikannya inspirasi untuk terus bersenam secara aktif, aktres jelita ini mengatakan yang dia menjadikan Bella Hadid sebagai inspirasinya dalam menjaga bentuk tubuh kerana katanya, “Bella mempunyai tubuh yang kurus seperti Ain tetapi dalam masa yang sama mempunyai body tone yang cukup menawan. Disebabkan itu Ain memilih Bella sebagai idola tubuh.”
Bagi Ain, setiap wanita mampu mengecapi bentuk tubuh idaman masing-masing jika pandai dalam mencuri masa untuk ‘workout‘.
“Semestinya untuk mendapatkan badan langsing sihat adalah menerusi workout dan mengamalkan pemakanan yang seimbang, atau kata lain tidak berlebih-lebih. Bagi Ain, 60 peratus makanan dan 40 peratus lagi adalah bersenam. Jadi makan itu perlulah berjaga-jaga.”
Sempena memasuki tahun baharu 2019, Ain turut sempat berkongsi resolusinya untuk tahun ini. Mahu terus mengerjakan segala kerjayanya sekarang ini serta pada masa yang sama mahu menjadi lebih rajin dalam setiap apa yang diusahakannya.
Umum tahu yang sebenarnya muzik banyak memberi impak serta energi positif kala bersenam. Ia ibarat penambah stamina buat tubuh untuk terus workout. EH! kongsikan playlist kegemaran Ain Edruce kala sesi ‘workout‘.