Nora Danish mengejutkan pengikut Instagramnya dengan entri memaparkan dirinya dalam keadaan botak.
Biarpun memuat naik gambar dirinya dalam keadaan botak, Nora masih lagi menerima banjiran pujian dari peminat dan pengikutnya. Rata-rata mengatakan yang walaupun dia tidak mempunyai sebarang rambut, aktres itu kekal cantik.
Pada hakikatnya, Nora tidaklah memotong rambutnya sehingga botak, malah aktres jelita ini dikatakan menutup rambutnya menggunakan bald cap demi untuk membawa watak yang dia galas menerusi telemovie terbaharu bertajuk, Hingga Jumpa Lagi.
Menerusi entri tersebut, Nora menggambarkan yang mana karakter yang digalas iaitu Eva sedang bertarung dengan kanser rahim tahap empat. Sempat mengusik pengikutnya menerusi kapsyen untuk gambar kedua, “Bad hair day? Nah, not for me..”
Malah, ada juga pengikutnya yang cuba menyakatnya dengan mengatakan yang aktres itu kelihatan seakan suaminya, Nedim Nazri yang sememangnya gemar menggayakan rambut buzz cut.