Federal Bureau of Investigation (FBI) menyatakan yang tiada apa lagi yang perlu disiasat dengan Brad Pitt berikutan insiden di dalam jet peribadi bersama anaknya Maddox.
Agensi siasatan tersebut menerangkan yang mereka telah pun menutup kes tersebut setelah menilai akan tuduhan itu dan tidak akan meneruskan siasatan lanjut.
Berikutan insiden perbalahan di dalam jet tersebut, Angelina Jolie memfailkan penceraian dengan Brad Pitt di mahkamah selang beberapa hari selepas insiden tersebut.
Tindakan FBI menutup kes tersebut adalah merujuk kepada Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Los Angeles yang mana menghentikan siasatan dan memberi kesimpulan di mana tiada sebarang kes penderaan kanak-kanak yang berlaku.
Pada masa sekarang ini, pasangan yang cukup terkenal ini, Brad dan Angelina masih lagi di dalam persaingan dalam memenangi hak penjagaan kepada enam orang anak mereka.
Angelina mahukan hak penjagaan tunggal, namun Brad menginginkan hak penjagaan bersama.