Bintang Troy itu telah lama menetap di kediaman mewah berharga RM33 juta miliknya di Los Feliz, malah bekas isteri dan enam anaknya juga tinggal berdekatan.
Jelas Angelina kepada British Vogue, dia membeli kediaman milik pengarah, Cecil B DeMille yang berharga RM105 juta pada 2017 supaya anak-anaknya tidak perlu berjauhan dengan Brad.
“Saya mahu anak-anak dekat dengan bapa mereka yang tinggal hanya lima minit jarak perjalanan dari sini,” katanya.
Sementara itu rekod hartanah menunjukkan Lykke tinggal bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun di kediaman bernilai RM7.5 juta yang dibelinya empat tahun lalu bersama bekas suami, penerbit Jeff Bhasker.
Foto: Raillynews
Baca: The Weeknd Bongkar Percintaan Dengan Angelina Jolie Dalam Lirik Lagu