Di ruangan kapsyen, Britney berkata dia menulis sebuah kisah mengenai seorang gadis yang telah dibunuh dan kembali hidup sebagai hantu.
Tanpa kehadiran sesiapa yang boleh dipercayai, gadis itu harus membuat satu keputusan besar; sama ada kembali kepada keluarga yang membunuhnya atau memulakan kehidupan baharu.
Namun dia tidak mendedahkan jalan cerita sepenuhnya. Jelasnya, dia akan membiarkan peminat membuat andaian sendiri mengenai jalan hidup yang dipilih oleh watak utama.