Tetapi dia menjelaskan bahawa gadis itu berjaya menemui pintu gerbang yang memberinya kekuatan dan keistimewaan untuk tidak lagi berasa takut.
Sinopsis yang diceritakan kedengaran fiksyen, namun ada yang berpendapat ia mencerminkan kehidupan sebenar pelantun Toxic itu. “Ini merupakan sebuah kisah mengenai seorang gadis bernama Britney,” tulis seorang netizen di ruangan komen.
Kebanyakan peminat memuji jalan ceritanya yang menarik. “Nampaknya ia akan menjadi buku terlaris,” tulis seorang netizen manakala seorang lagi menambah, “Britney Shakespears.”