Walaupun ada peminat menyokong tindakan beraninya, kebanyakan mereka meluahkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan mental penyanyi itu.
“Anda memerlukan beberapa kawan sejati. Rakan baik tidak akan membenarkan anda memuat naik foto seperti ini. Fikirkan tentang bayi anda.”
“Sangat menyedihkan, Britney perlukan bantuan. Amat mengecewakan apabila sesetengah peminatnya memberi maklum balas positif, seolah menggalakkan tindakannya.”
“Ini adalah bukti mengapa hidupnya perlu diawasi,” tulis beberapa peminat.
Spears sebelum ini berada di bawah pengawasan ketat bapanya, Jamie Spears selama 13 tahun sebelum ia ditamatkan pada November 2021.
Foto: WireImage
Baca: Britney Spears & Sam Asghari Tetapkan Tarikh Perkahwinan