Bekas suami Britney Spears, Kevin Federline membuat dakwaan mengatakan bahawa anak-anak lelaki mereka tidak mahu berjumpa dengan ibunya.
Kedua-dua anak lelaki Britney Spears cuba untuk menjauhkan diri daripada ibunya. Itulah yang dikongsi oleh bekas suami Britney Spears, Kevin Federline. Pada 9 Jun 2022 yang lalu, Britney Spears melangsungkan perkahwinannya bersama Sam Asghari. Akan tetapi, tiada kelibat anak-anak lelaki Britney Spears iaitu Sean Preston, 16 dan Jayden James, 15 di majlis perkahwinannya.