Anak-anak lelaki Britney Spears, kiri: Jayden James dan kanan: Sean Preston.
Menurut laporan Daily Mail, Kevin Federline mengatakan bahawa anak lelakinya memutuskan untuk tidak berjumpa bersama ibu mereka, Britney Spears kerana gambar separuh bogelnya di media sosial. “Mereka tidak mahu berjumpa ibu mereka sekarang. Walau sudah beberapa bulan tidak berjumpa, mereka tetap memutuskan untuk tidak hadir ke majlis perkahwinan Britney Spears.”
Kevin turut berkongsi “Sukar untuk anak-anak lelakinya pergi ke sekolah apabila ibu mereka menyiarkan gambar separuh bogel sendiri di media sosial.” Dia menerangkan kepada anak-anak lelakinya bahawa mungkin itu cara lain untuk ibu mereka meluahkan perasaannya. Tetapi itu tidak mengubah apa-apa. Kevin tidak dapat bayangkan betapa sukarnya anak remajanya untuk pergi ke sekolah dengan keadaan begitu.