“Hidup kita bagaikan kisah dongeng di alam nyata. Selamat Hari Ibu kepada bakal permaisuri hatiku. Juga, tarikh perkahwinan kami telah pun ditetapkan. Namun tiada siapa akan tahu sehingga hari berikutnya,” tulis Sam Asghari sekali gus memberi petunjuk bahawa mereka akan merahsiakan butiran perkahwinan.
Baru-baru ini Britney turut memberi bayangan persiapan perkahwinannya dengan berkongsi satu foto kucing peliharaannya sedang duduk di atas vel pengantin.
“Memperkenalkan Wendy! Dan ya, ini adalah vel yang bakal melengkapkan busana pengantin saya,” tulisnya ringkas.