Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu mengumumkan dia memilih pereka ikonik yang merupakan rakan baiknya, Donatella Versace untuk menghasilkan busana perkahwinannya.
Donatella juga pernah bercakap mengenai perkembangan Britney selepas bebas daripada konservatori dan mendedahkan penyanyi itu berada dalam keadaan baik secara fizikal dan mental.
Penyatuan Britney dan Sam Asghari bakal menjadi perkahwinan ketiga buat bintang pop berusia 41 tahun itu. Perkahwinan pertamanya dengan Jason Allen Alexander pada 2004 hanya bertahan selama dua hari manakala perkahwinan keduanya dengan Kevin Federline bertahan dari 2004 hingga 2007.
Foto: Getty Images
Baca: Siapakah Sam Asghari, Tunang Dan Bapa Anak Ketiga Britney Spears?