Brooklyn Beckham mengejutkan ramai apabila memuat naik satu perkongsian berbentuk ‘surat terbuka’ di Instagram Story yang secara tidak langsung mendedahkan sisi gelap konflik dalaman keluarga Beckham.
Anak sulung kepada legenda bola sepak David Beckham dan ikon fesyen Victoria Beckham itu dilihat memilih untuk bersuara selepas pelbagai spekulasi mengenai hubungan dengan isteri, Nicola Anne Peltz Beckham bertebaran di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, Brooklyn meluahkan perasaan tentang tekanan emosi dan salah faham yang berlaku dalam keluarganya. Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak secara khusus, nada penulisannya jelas menggambarkan bahawa situasi yang dihadapi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui, apatah lagi apabila ia menjadi perhatian umum.
Sempurna di mata orang ramai, hakikatnya keluarga Beckham ‘toksik’.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ramai yang menyatakan sokongan terhadap Brooklyn dan memuji keberaniannya untuk bersikap jujur tentang emosi serta realiti yang dihadapinya.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh David atau Victoria Beckham berhubung luahan Brooklyn itu. Namun, langkah Brooklyn bersuara secara terbuka dilihat sebagai satu usaha untuk menjernihkan keadaan serta memberi gambaran sebenar bahawa di sebalik glamor, wujud sisi gelap dan cabaran dalam kehidupan sebuah keluarga terkenal.
Baca: Brooklyn Beckham Putus Hubungan Dengan Keluarga Demi Nicola Peltz Beckham






