Lokasi Perkahwinan
Pasangan yang baru berpindah ke kediaman mewah bernilai RM44 juta di Bevery Hills itu akan terbang ke Florida untuk melangsungkan hari bahagia mereka. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Montsorrel, estet mewah 27 kamar tidur milik bapa Nicola yang dibeli pada harga RM431 juta pada 2015. Rumah agam seluas 44,000 kaki persegi itu juga memiliki kolam renang, taman terbentang luas dan pemandangan menghadap laut – lokasi sempurna untuk melangsungkan perkahwinan eksklusif.

