Harapan peminat untuk menyaksikan persembahan BTS secara langsung tidak akan menjadi kenyataan.
Syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertainment mengumumkan pembatalan konsert jelajah dunia Map Of The Soul baru-baru ini.
Kumpulan K-Pop paling popular ini mengumumkan konsert jelajah mereka Januari tahun lalu. Ia dijadualkan bermula di Seoul pada bulan April, diikuti dengan 38 konsert di 18 buah negara di seluruh Asia, Amerika Utara dan Eropah.