Kumpulan K-pop terhangat, BTS telah menempa sejarah dengan memberi peluang berucap di persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York Isnin lalu. Mereka tampil sebagai jurucakap kempen ‘Love Myself’ yang menyokong inisiatif belia UNICEF yang digelar ‘Generation Unlimited’.
Kerjasama UNICEF ini menawarkan pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan terbaik untuk berjuta-juta remaja di seluruh dunia sebelum tahun 2030, menurut laporan Billboard.
“Sebagai artis, BTS telah membuat persembahan di stadium yang besar dan menjual berjuta-juta album namun saya masih lagi seorang lelaki berusia 24 tahun yang biasa. Mungkin saya membuat kesilapan semalam tetapi saya masih kekal berdiri dan hari ini saya masih orang yang sama dengan semua kesilapan dan kesalahan lalu,” ucap Kim Nam-joon atau lebih dikenali sebagai RM di perhimpunan agung ke-73 badan antarabangsa itu.
BTS menjadi kumpulan K-pop pertama yang bekerjasama dengan PBB dalam menggalakkan warga muda untuk menggunakan suara mereka untuk menyuarakan isu-isu sejagat.
“Marilah kita sama-sama mengambil satu langkah. Kita perlu belajar untuk menyayangi diri sendiri, jadi saya meminta anda untuk gunakan suara. Tidak kira siapa diri anda, dari mana anda berasal, rona kulit atau jantina, bersuaralah, kenali diri anda dan cari peluang bersuara untuk diri anda,” ujar RM.
Tonton ucapan bersejarah BTS dalam video di bawah.