Kumpulan K-Pop tersohor dunia, BTS sekali lagi mencipta sejarah hebat di People’s Choice Awards tahun ini.
Majlis anugerah yang berlangsung di Santa Monica, California baru-baru ini menyaksikan BTS membawa pulang tiga trofi kemenangan iaitu The Group of 2022, The Concert Tour of 2022 dan The Collaboration of 2022.
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut mereka memenangi kategori kumpulan terbaik sejak 2020, satu pencapaian mengagumkan yang mengukuhkan lagi nama mereka di peringkat global.
