BTS is coming back, stronger than ever! Selepas hampir dua tahun menanti, empat ahli kesayangan BTS iaitu V, RM, Jungkook dan Jimin akhirnya menamatkan khidmat ketenteraan mereka, sekaligus memberi harapan besar kepada peminat global untuk sebuah kemunculan semula paling epik dalam sejarah K-pop!
Media sosial dibanjiri dengan ucapan “Welcome Home!” dan video throwback yang mengimbau saat indah bersama V, RM, Jungkook dan Jimin. Hashtag seperti #WelcomeBackJimin, #NamjoonIsBack, dan #OT7Soon trending serentak di pelbagai negara. Dengan Jin yang sudah kembali aktif, dan J-Hope yang turut tamat khidmat lebih awal tahun ini, kini tinggal seorang sahaja lagi iaitu SUGA, yang dijangka bakal tamat perkhidmatan awam pada tahun ini. Apabila lengkap semula tujuh anggota, era baru BTS dijangka bermula.
Peminat bukan sekadar teruja tetapi mereka mula berteori. Dengan pengakhiran fasa ketenteraan dan ulang tahun debut ke-12 BTS yang jatuh pada 13 Jun, khabar angin tentang world tour besar-besaran sudah mula tersebar.
“Kalau semua ahli lengkap tahun ni, besar kemungkinan mereka akan buat comeback hujung tahun atau awal 2026, mungkin dengan world tour farewell before military hiatus fully ends for SUGA,” kata seorang peminat di X.
Walaupun tiada pengumuman rasmi dari BigHit Music setakat ini, ramai yang yakin akan ada projek yang akan menyatukan semua ahli. Spekulasi tentang album baharu, konsert reunion, dan juga kemungkinan BTS FESTA yang luar biasa pada tahun ini semakin kuat.
Tidak ketinggalan, peminat di Malaysia juga turut berkongsi keterujaan mereka melalui aplikasi di X:
“Saya simpan cuti tahunan sebab yakin akan ada konsert BTS tahun depan. Kita OT7 balik, guys!” – @army.my.94
“Kalau ada world tour dan Malaysia jadi salah satu destinasi, saya sanggup queue dari pagi!” – @kimtae.myluv
Kembalinya RM, V, Jungkook dan Jimin bukan sekadar bermakna untuk BTS tetapi satu simbol harapan buat ARMY yang setia menunggu kepulangan mereka setelah hampir dua tahun. Dunia kini sedang menanti kemunculan kesemua tujuh idol ini dan 2025 mungkin akan menjadi tahun untuk BTS kembali bersinar di pentas dunia.
Artikel Berkaitan: “Selamat Menjalani Latihan Tentera RM, V, Jimin dan Jungkook” – ARMY BTS