EH! mendekati suami kepada Kim Raymond, berbicara tentang seni dan kehidupan.
Kembalinya dia ke tanah air dua tahun lalu membuka pintu rezeki dalam bidang lakonan yang cukup luas. Tidak lagi sedetik pun tanpa sebarang cerita baru di layar kaca, Keith Foo semakin yakin mengatur langkah.
ANDA BERMULA DI JAKARTA, APA YANG MEMBAWA ANDA KEMBALI KE TANAH AIR?
Saya kembali ke Kuala Lumpur kira-kira dua tahun lalu untuk drama arahan Michael Ang berjudul Demi Cinta dan kemudian Dalam Setiap Sujud bersama Fathia dan Azlee Khairi. Selepas itu saya fikir mengapa tidak saya beri fokus kerjaya di sini? Setidaknya saya dapat menyumbang sesuatu buat industri penerbitan filem dan televisyen selain dapat berkongsi bakat dengan penggemar yang ada di Kuala Lumpur. Selain itu saya rasa sudah agak terlalu lama di sana dan jika di sini saya dapat menjaga kedua ibu bapa juga.
KETIKA ANDA KEMBALI KE KUALA LUMPUR TIGA TAHUN LALU, SUKAR ATAU TIDAK UNTUK MENDAPAT PELUANG DAN KEYAKINAN ORANG DI SINI?
Awalnya agak struggle juga sebab sebanyak mana pun pengalaman saya di Jakarta saya harus bermula dari kosong di sini. Perlahan-lahan tawaran demi tawaran datang dan setakat ini jadual kerja memang penuh tapi masih boleh seimbangkan dengan time break yang perlu ada. Dan sepanjang dua tahun di sini saya banyak bertemu dengan orang belakang tabir untuk mengutip seberapa banyak ilmu dalam bidang lakonan yang saya boleh kutip untuk lakukan yang lebih bagus dalam projek-projek drama tau filem yang akan datang.
PERKARA TENTANG LAKONAN YANG MENARIK MINAT ANDA UNTUK KEKAL DALAM BIDANG INI?
Bagi saya peluang untuk melakonkan watak-watak berbeza dalam satu-satu cerita itu sudah cukup menarik. Biarpun kadang jalan ceritanya hampir sama tetapi saya anggap itulah cabaran yang harus saya ambil untuk membezakan watak selain dapat memperbaiki mutu lakonan.
SUDAH SEMAKIN KUKUH DI SINI, ADAKAH ANDA MULA MENETAPKAN SYARAT PADA TAWARAN BARU YANG DATANG?
Saya tidak menetapkan apa-apa syarat dalam menerima tawaran kerana faktor utama yang saya pertimbangkan adalah masa. Jika kena pada masa yang tepat tanpa terlibat dengan mana-mana produksi lain saya terbuka menerima apa jua tawaran yang datang.
APA YANG ANDA LAKUKAN UNTUK DISTRESS?
Saya suka mengembara. Tak perlu jauh-jauh cukup sekadar Singapura atau Pulau Perhentian mencuri masa untuk diri sendiri berehat. Paling tidak pun pulang ke rumah mak saya di Gemas, Negeri Sembilan. Rehat dua tiga hari dan kembali bekerja.
BAGAIMANA ANDA DAN KIM MULA BERKENALAN?
Saya mengenali Kim sudah lama. Saya dan abangnya kawan baik dan selama ini kami memang keep in touch dan nak dijadikan cerita dua tahun lalu saya terjumpa Kim di Pulau Perhentian jadi dari situ kami kembali rapat dan memutuskan untuk bersama. Mungkin atas faktor perkenalan yang telah lama memudahkan kami untuk bersama. Sudah faham perangai masing-masing, baik buruk dan apa yang penting dia seorang yang supportive dan easy to get along.