Persengketaan antara dua beradik itu hakikatnya bukanlah berpunca daripada Meghan Markle seperti yang digembar-gemburkan. Ia bermula apabila Putera Harry mengumumkan persaraan daripada angkatan tentera tujuh tahun lalu.
Alasan putera itu, dia tidak mempunyai kepastian mengenai masa depannya selepas tidak lagi terikat untuk mengikuti laluan kerjaya yang ditetapkan buat dirinya, sekali gus mengundang kekecewaan Putera William.
Selama 10 tahun berkhidmat dalam angkatan tentera, Putera Harry telah menyertai dua lawatan tugasan di Afghanistan serta meluangkan masa dengan Angkatan Pertahanan Australia di Darwin. Pada 2015, dia meletakkan jawatan dan menjalankan tugas Diraja sepenuh masa.