Hubungan mereka dilaporkan menjadi parah setelah Putera Harry membuat keputusan untuk hidup berdikari di Amerika Syarikat bersama isterinya pada awal tahun 2020.
Putera William dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pengunduran Duke dan Duchess of Sussex daripada sistem kerabat Diraja. Bapa kepada dua cahaya mata itu juga dituduh tidak menghormati sistem monarki dan nenda mereka, Ratu Elizabeth II.
Lebih memburukkan keadaan apabila pasangan Sussex itu menghadiri wawancara eksklusif bersama Oprah Winfrey pada Mac tahun lalu di mana mereka mendakwa tidak mendapat sokongan daripada kerabat Diraja. Meghan turut mendedahkan bahawa Duchess of Cambridge, Kate Middleton membuatnya menangis beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya.
Walau tindakan Meghan mungkin dilihat bagai mencurah minyak ke dalam api, namun jelas dia bukanlah penyebab keretakan hubungan Putera William dan Putera Harry.
Foto: Getty Images
Baca: Mengapa Meghan Markle Tidak Akan Menghadiri Pengebumian Putera Philip?