Temu bual eksklusif EH! bersama adik Benjy, Elza Irdalynna berkaitan statement yang tular kelmarin.
Benjy Ibrahim, 43 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 12 Julai 2021 di Hospital Royal Prima, Medan. Anak kepada seniwati terhebat, Azean Irdawaty ini pulang ke rahmatullah akibat serangan asma dan masalah paru-paru lain yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu. Allahyarham selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4, Klambir Lima Kampung, Medan pada jam 11 pagi waktu tempatan atau jam 12 tengah hari waktu Malaysia.
Benjy yang kita semua kenali, atau lebih personal – yang saya kenali merupakan seorang yang punya bakat besar dalam dunia layar perak. Yang sentiasa menjiwai setiap watak yang dibawakan dengan ikhlas dan menjadi. Baik apa jua yang dibawakan, watak itu penuh kaliber dan memberi impak yang sangat besar kepada yang menontonnya, me included.
Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah kala saya menghadiri preview Love at First Sound yang diarahkan oleh teman saya yang juga adik kepada Benjy, Elza Irdalynna dan seorang lagi adik Benjy, Inessa Irdayanty melakonkan watak ibunya untuk filem pendek yang diilhamkan bersempena kisah cinta sejati ibu dan bapa mereka, Khairil Anwar dan Allahyarham Azean Irdawaty.
Terlihat sedikit berisi, dia tampak sihat dan gembira hari itu. “Tak sabar menunggu karya Benjy yang seterusnya,” bisik hati kecil ini. Namun malang tak berbau, dia diberkas lebih kurang 3 tahun lalu dek kerana dadah jenis Syabu yang dibawa bersamanya ketika ke Medan. Jujur hingga minggu lalu (sebelum menerima berita pemergiannya), saya masih mengharapkan dia bebas dan terus mencipta karya hebatnya.
Sepanjang abangnya di penjara, ada Elza bercerita tentang kepayahan hidup Benjy di sana dan saya juga melihat sendiri kesulitan hidup Elza berdepan dengan beberapa pekerjaan bagi menampung perbelanjaan abangnya di penjara dan juga bapanya yang juga sedang sakit. Beberapa kali bercerita untuk berhenti kerja dek mengalami tekanan mental yang maha dahsyat.
Dan kelmarin bila datangnya statement daripada seorang pelakon mengeluarkan kata-kata kesat kepada kedua beradik ini. Saya terpanggil untuk menemubual sendiri Elza agar dia juga dapat memberi statement langsung membetulkan keadaan agar tiada salah faham berlaku dan pemergian Benjy tidak dijadikan alasan untuk mereka mencari salah sesiapa. Slide ke sebelah untuk membaca temubual saya dan Elza dengan lebih lanjut.