Siapa Benjy yang anda kenali? A loving brother and son for sure, but how do you describe him best?
Ben seorang yang passionate. Sama ada dalam kerjayanya, hal ehwal keluarga juga terhadap sahabat-sahabatnya. Dia akan berkerja atau menyayangi seseorang itu dengan sepenuh hatinya. Seperti Mama (Azean Irdawaty), kalau bab kerja, dia tak akan mengelat atau sambil lewa dan bila ia melibatkan hal keluarga dan kenalan, dia akan pertahankan apa sahaja dengan berani. Ben led his life with his heart, not his head.
Benjy sebagai bapa. Bagaimana hubungan dengan anaknya?
Anaknya, Firdauz Juan Benjamin adalah cinta teragungnya. Ben seorang bapa yang amat penyayang cuma yang menjadi sesalan adalah bila tidak dapat berada di sisi anaknya dan melihat anaknya membesar. Rindunya kepada anak tidak tertanggung dek badan.
Tentang Benjy dan seni, sejauh mana cinta Benjy pada seni lakonan?
Benjy mula berlakon dari bayi lagi. Belum cukup setahun, dia sudah berlakon dan seni lakonan memang sudah sebati, bagaikan darah dagingnya. Walau dia punya bakat lain iaitu mengarah, menulis, dan juga pandai memasak, namun jiwanya tetap jiwa seorang pelakon. Setiap kali dapat tawaran berlakon, dia akan study character, buat homework, reka character background yang tak tertulis dalam skrip tu untuk memastikan watak yang bakal dilakonkan itu hidup. Tak kira watak kecil atau utama, Ben selalunya akan perah otak dan tak akan kering idea to perfect his craft. Dia bukan jenis kedekut, tak kiralah pelakon atau pengarah, dia tetap berkongsi idea. Inilah semangat karyawan yang jitu dan patut dicontohi.
Adakah pernah dia menyebut untuk kembali ke dunia layar perak dan meneruskan legasi ibu anda?
Kalau ada rezeki, memang kami ada merancang sejurus Ben kembali ke Malaysia selepas menjalani hukuman untuk kembali berlakon seperti dahulu. Bukan sahaja untuk meneruskan legasi Mama, tetapi legasi Ben sendiri. Karier Ben sebagai pelakon sudah berdekad lamanya. He had built his own legacy. Akan tetapi, hajatnya tidak kesampaian. Dia menemui ajal sebelum sempat pulang ke Malaysia.
Kenangan dan memori indah saat Benjy dan ibu yang masih segar dalam ingatan anda?
Mama dan Ben sangat pandai memasak. Itu love language family kami di mana menunjukkan rasa kasih sayang melalui sajian makanan. Jadi memori terindah buat kami ialah bila mereka masak bersama. Dan juga bila mereka berpeluang untuk berlakon bersama pada tahun 1995/1996 (tak silap saya). Mereka berdua berlakon dalam telemovie Kembali, dan kedua-dua mereka memenangi anugerah Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik di Anugerah Skrin. Saya rasa, setakat hari ini, belum ada lagi rekod Ibu dan Anak menang kategori ini bersama, untuk telemovie/filem yang sama. Ia antara saat kebanggaan kami dan memori paling manis kerana mereka dapat kongsi kemenangan itu bersama.