Bagaimana Benjy boleh terjebak dengan dunia dadah dan berakhir sebegini?
Soalan ini agak sensitif. Tetapi memandangkan dia sudah tiada, saya mahu pikul tanggungjawab ini untuk menjawab dan pertahankan dirinya dengan berkata jujur. Ya, sebetulnya, kita tak patut menuding jari kepada sesiapa dan Ben seorang yang waras dan sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Namun, sebagai adik, saya tidak malu berkongsi bahawa dia terjebak dalam dunia ini disebabkan oleh unresolved trauma. Ada yang sudah tahu berita bapa kandung Ben tidak mahu menerimanya sebagai anak. Panjang ceritanya, mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan.
Apa yang mahu saya katakan adalah, inilah akar umbi atau punca kepada trauma yang dialami Ben selama ini. Walaupun Abah saya yang membesarkan Ben dan menganggap Ben darah dagingnya sendiri, tapi kita tidak dapat menafikan the harmful effects of not being recognised by your father is lifelong. So, he turned to drugs to escape, to numb the pain. Dia berlakon menjadi seorang yang kuat, pakai topeng dan berkulit tebal. Tapi hakikatnya, dia sangat kecewa. Dia mengambil jurusan Psikologi di kolej semata-mata untuk memahami cara to heal his trauma. Bukan senang jadi Ben. Orang luar yang tak tahu, tak akan faham, jadi mudah untuk semua menghukum dari mencuba untuk mengerti insan seperti Benjy.
Isi hati sebenar seorang abang kepada adik-adiknya. Pernahkan Benjy meluahkan isi hatinya kepada anda berdua?
Yes, of course. Dalam keluarga kami tiada rahsia. Ceritanya agak rumit, tapi bila dipendekkan, kata Ben, walaupun benar dia melanggar undang-undang, hukuman yang dipikul langsung tidak setimpal dengan kesalahannya. 11 years for 4.5 grams? Is that fair? Ben tidak dapat membela diri di sana dan kami sekeluarga juga tidak putus asa cari jalan untuk membebaskannya, sama ada by reducing his sentence, or extraditing him to Malaysia.
Perasaan anda ketika ini?
Susah nak cakap. Sedih? Itu sudah tentu. Terkilan? Memang ada. Ben sudah lama sakit dan masuk keluar hospital hampir setiap bulan adalah rutin dia di sana. Sudah beberapa kali dia menyebut ‘his time is near‘ dan berpesan untuk bersedia untuk saat ni. Bila diberitahu tentang berita pemergian Ben oleh pihak penjara, kami berasa sangat kecewa namun terpaksa memujuk hati, sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan itu. Dan sekarang, dia sudah berada bersama Mama.
Apa yang paling dirindui tentang Benjy?
His laughter. Dia selalu buat kami ketawa tak kira perit mana hidup yang sedang dijalaninya, ada sahaja jenakanya buat keluarga. Bila dia ketawa, anda boleh rasa ringannya beban di bahu.