Perasaan anda bila tiba-tiba nama Benjy disebut-sebut dan diangkat-angkat hanya setelah dia tiada?
Itu sudah menjadi lumrah manusia, kan? Bila kita sudah tiada, baru dipuja. Walau begitu, kami dengan rasa rendah diri bersyukur dengan semua salam takziah dan kata-kata semangat dari keluarga, kawan-kawan, rakan karyawan dan juga peminat-peminat Ben. Doa-doa yang mereka kirimkan buat Ben amat kami hargai. Semoga pemergian Ben memberi teladan kepada orang lain; hargailah insan tersayang dikala mereka masih hidup. Bantulah mereka yang amat memerlukan, selagi anda mampu.
Perasaan anda bila mendapat ribuan follow request?
Social media Ines is public, jadi saya (Elza) dapat banyak request kerana Instagram dan Facebook saya adalah private. Kejadian yang sama berlaku semasa Mama meninggal dahulu. Saya rasa ia tidak appropriate buat masa ini kerana saya sedang berkabung. Kedua, saya memang mengasingkan kehidupan peribadi dan profesional. Saya tak mahu orang menilai saya dari cara saya berfesyen, bercinta kerana itu pilihan hidup saya. Saya lebih selesa dinilai melalui kerja dan karya saya. Jadi semua request yang muncul baru-baru ini, saya delete satu persatu.
Komen anda tentang statement dari Norish Karman?
Komen saya dah tertulis di Twitter saya, tetapi kesimpulannya – Saya tak kisah kalau orang nak menghukum atau mencaci saya. Walaupun diorang tidak tahu menahu akan hal sebenar, they are entitled to their (wrong) opinions. Silapnya, dia DM adik saya. Itu namanya, mencurahkan minyak ke dalam api yang membara. Adik saya tak henti-henti menangis, meratap pemergian Ben, tiba-tiba serangan tak masuk akal ini datang memburukkan lagi keadaan. Apatah lagi dari seseorang yang tidak pernah langsung ambil pusing tentang hal keluarga kami. Berjela-jela DM dihantar untuk menghina dan mencaci kami dua beradik. Saya tak memaksa untuk dia minta maaf kerana percayalah dia bukan seorang yang ikhlas. Kak, kami pelakon juga, kami tahu bila seseorang itu sedang berpura-pura.
Pendapat anda, dari mana datangnya sumber kepada statement Norish Karman?
Saya percaya itu akaun dia yang sebenar kerana kami sudah selidik dengan rakan-rakan industri yang juga follow akaun itu. Dan susulan dari statement Norish yang terkini yang mana menyuruh kami mengabaikan soalannya, langsung tak masuk akal. First of all, dia bukan bertanya, dia menghina. Dia salah sangka dan terus serang tanpa usul periksa. Dia berani berbuat begitu kerana umum tidak tahu apa yang dia katakan kepada kami. Jadi, kami tunjukkan kepada dunia supaya selepas ini dia akan berfikir 2/3 kali sebelum mengata orang lain. Kutuk kami di DM, tapi mintak maaf di media? Adakah itu ikhlas?
Saya rasa dia berpendapat seperti itu sebab dia tak tahu hal sebenar. Memang ramai tak tahu, tapi bezanya, orang lain yang berhati perut, tak tahu hujung pangkal, mereka hanya diam. Ini bukan sahaja dia salah sangka, tapi mencaci-cela.
Sepanjang di penjara, benarkah Benjy tidak menerima sebarang bantuan dari keluarga?
Langsung tidak benar sama sekali. Saya sampai sakit-sakit mencari rezeki, ada kala bekerja lebih dari dua pekerjaan agar dapat membantu keperluan Ben di sana. Setiap akhir bulan, saya akan menghantar sekurang-kurangnya RM500 untuk kegunaanya. Dari hari pertama dia dipenjarakan sampailah akhir bulan lepas. Kalau difikirkan RM500 memang tak cukup untuk ubat Asma dan barang keperluan dari koperasi. Setiap kali perlu ke hospital, dia memerlukan kos belanja yang lebih, jadi saya perlu beri lebih dari kebiasaan. Ada ketika saya tak berkemampuan, Ben terpaksa meminta bantuan dari keluarga atau rakan-rakan yang lain.