Cerita apa yang sebenarnya terjadi kepada Benjy di penjara?
Ben merana di sana. Kadang-kadang kerana terpaksa meminjam duit dari banduan lain untuk rawatan hospital dan bila tak dapat membayar, dia dibelasah! Ada ketika, sampai dia terpaksa diletakkan dalam solitary confinement selama beberapa minggu. Dia sunyi dan sedih, lebih-lebih lagi sebab sedang sakit ditambah language barrier dengan banduan lain.
Pernah reach out kepada Seniman? Boleh kongsi antara bantuan yang Seniman berikan?
Ya, Seniman antara bantuan terbesar yang sentiasa menyokong Ben. Dua kali mereka buat fundraiser untuk bantu kos perubatan Ben dan mereka juga datang melawat Ben di Medan. Hafiz Nafiah, Setiausaha Agung Seniman, sentiasa keep in touch dengan Ben dan keluarga kami dan sentiasa berusaha meringankan beban Ben. Kami sangat berterima kasih kepada Seniman.
How about his real friends? Semasa di penjara, ada yang masih menghubungi and help him out?
Alhamdulillah. Ya, ada rakan karyawan dan sahabat dari sekolah turut sama membantu, sama ada dari segi kewangan atau sokongan moral. Bukan sahaja mereka reach out pada Ben, tapi kepada kami sekeluarga juga.
Bagaimana cara anda dan keluarga membantu Benjy sepanjang dia di penjara?
Pertama, dari segi kewangan seperti saya katakan di atas – sebanyak yang saya mampu walaupun rezeki saya tidaklah sentiasa murah. Seperti adik beradik yang lain, kami sering berkomunikasi bila berkesempatan dan tidak putus memberi kata-kata semangat walaupun dari jauh. Dalam masa yang sama, kami sentiasa cuba mencari jalan untuk membebaskan dia dari penjara dan berharap untuk membawa dia pulang ke Malaysia. Kami juga merancang program rehabilitation sebaik dia kembali ke sini. Kami tak pernah berhenti mencari jalan untuk membantu Ben dan sekiranya Ben masih hidup hari ini, kami akan tetap meneruskan usaha kami.
Kata terakhir buat semua peminat Benjy dan juga anak seni yang lain.
Kami sekeluarga sangat berterima kasih di atas segala bantuan, sokongan dari semua pihak selama ini buat Ben dan keluarga kami dan saya berharap peminat dan kenalan mengingati kerja, karya dan kasih sayangnya selama dia masih hidup. Saya amat berharap agar anda semua dapat melupakan atau memaafkan kesilapan silamnya. Seperti kata-kata Ben dalam interview satu ketika dulu; “Look at me dari kanta yang bersih, yang tidak dicemari dengan kisah yang lampau”.
BACA: Afgan Positif Covid-19 Tanpa Sebarang Simptom