Pelakon itu memutuskan perhubungan dengan teman wanitanya baru-baru ini setelah empat tahun bercinta, ironinya hanya dua bulan selepas Camila menyambut ulang tahun kelahiran ke-25.
Walaupun punca dan tarikh sebenar perpisahan mereka tidak didedahkan, Leonardo dengan pantas menjadi bahan jenaka di internet ketika itu, juga di Anugerah Emmy baru-baru ini.
“Titanic berusia suku abad tahun ini. Saya pasti Leonardo tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan filem itu,” tulis seorang pengguna Twitter.
Seorang lagi menambah, “Tiada fenomena di planet ini yang lebih hebat daripada kes Leonardo DiCaprio berpisah dengan teman wanita pada usia 25 tahun. Statistiknya amat menakjubkan.”